Terengganu singkir cabaran Selangor

Safuwan menjaringkan gol pertama Selangor semasa menentang Terengganu FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Ahad. - Foto Bernama
Safuwan menjaringkan gol pertama Selangor semasa menentang Terengganu FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Ahad. - Foto Bernama
A
A
A

JUARA 2001, Terengganu FC mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menyingkirkan juara 33 kali, Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Ahad.

The Red Giants tampil dengan misi menterbalikkan keputusan tewas 1-3 dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, pada 16 September lalu.

Bagaimanapun skuad Penyu kendalian Tomislav Steinbruckner lebih tenang mengekang asakan bertali arus rangkaian jentera serangan pasukan tuan rumah.

Terengganu yang sekali sekala menghadirkan ancaman terhadap benteng Selangor kendalian Tan Cheng Hoe akhirnya menemui gol dicari bagi melebarkan kedudukan.

Jaringan yang diterjemahkan dalam bentuk gol berjaya disempurnakan Ivan Mamut selepas menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-24.

Sepakan penalti terhasil selepas tonggak Selangor, Safuwan Baharudin menjatuhkan tonggak Terengganu, Nor Hakim Hassan sekali gus memimpin separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, Safuwan menebus kesilapannya apabila tandukannya hasil sepakan penjuru Faisal Halim pada minit ke-69 berjaya menerjah ke gawang lawan.

Bagaimanapun, jaringan berkenaan tidak cukup untuk menyelamatkan naib juara Piala Malaysia musim lalu itu daripada tersingkir di suku akhir.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!