[VIDEO] Tapak warisan baharu diiktiraf UNESCO

A
A
A

RIYADH - Pada awal minggu lalu, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengumumkan senarai baharu kira-kira 42 lokasi termasuk di Asia pada sesi berterusan Jawatankuasa Tapak Warisan Dunia yang berlangsung di ibu kota Arab Saudi dan dijadualkan berakhir pada Ahad.

Ia dipilih berdasarkan senarai pencalonan global yang dikemukakan pada 2022 dan 2023 yang mungkin bakal menyaksikan penambahan lokasi lain.

Pelbagai kota dan tinggalan sejarah unik di Eropah tersenarai pada kali ini selain tapak warisan sedia ada menyaksikan pengubahsuaian ketara iaitu kawasan sempadan mereka diperluaskan lagi seperti Hutan Kering Andrefana di Madagascar dan Kepulauan Cat Ba di Teluk Ha Long di Vietnam.

KOREA SELATAN
Makam Tujuh Kluster Gaya Tumuli.
KOREA SELATAN Makam Tujuh Kluster Gaya Tumuli.

KEMBOJA
Koh Ker: Tapak Arkeologi Lingapura Purba atau Chok Gargyar.
KEMBOJA Koh Ker: Tapak Arkeologi Lingapura Purba atau Chok Gargyar.

TURKIYE
Masjid Kayu warisan seni bina Anatolia.
TURKIYE Masjid Kayu warisan seni bina Anatolia.

PALESTIN
Kota purba Jericho/ Tell es-Sultan.
PALESTIN Kota purba Jericho/ Tell es-Sultan.

Bagaimanapun, tiada lokasi baharu diumumkan di United Kingdom (UK) walaupun kerajaan pada April lalu memaklumkan ia menyokong pengiktirafan tujuh tapak termasuk bandar katedral York, Little Cayman Marine Parks dan Zenith of Iron Age Shetland.

Artikel Berkaitan:

Jawatankuasa itu turut menetapkan beberapa syarat untuk melayakkan sesebuah lokasi menjadi Tapak Warisan Dunia.

Antaranya ia perlu mempunyai nilai universal luar biasa dan memenuhi salah satu daripada 10 kriteria seperti mempamerkan 'pertukaran nilai manusia yang penting, dalam tempoh tertentu, jangka masa atau dalam kawasan budaya dunia'.

Berikut antara lokasi yang disenaraikan oleh UNESCO pada kali ini. - Agensi

INDONESIA
Sumbu Filosofis Axis Yogyakarta.
INDONESIA Sumbu Filosofis Axis Yogyakarta.

ARAB SAUDI
Gurun Uruq Bani Ma'arid.
ARAB SAUDI Gurun Uruq Bani Ma'arid.

MONGOLIA: Monumen Batu Rusa dan lokasi tinggalan Zaman Gangsa.
MONGOLIA: Monumen Batu Rusa dan lokasi tinggalan Zaman Gangsa.

THAILAND: Kota Purba Si Thep bersama Monumen Dvaravati.
THAILAND: Kota Purba Si Thep bersama Monumen Dvaravati.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!