Jangek, kerting menu 'terlaris' di Pelangai

Atirah (tengah) bersama Razak (kanan) menunjukkan menu jangek serta kerting yang menjadi tumpuan pengunjung sepanjang kempen PRK DUN Pelangai. Gambar kanan: Jangek adalah gabungan kulit lembu dan rebung.
Atirah (tengah) bersama Razak (kanan) menunjukkan menu jangek serta kerting yang menjadi tumpuan pengunjung sepanjang kempen PRK DUN Pelangai. Gambar kanan: Jangek adalah gabungan kulit lembu dan rebung.
A
A
A

BENTONG - Menu unik seperti jangek dan kerting menjadi tumpuan pengunjung sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Menu yang ditawarkan di Kedai Makan Kak Su di Simpang Pelangai di sini merupakan hidangan berasaskan kulit dan urat lembu.

Pengusaha kedai makan, Noratira Othman, 29, berkata, menu istimewa tersebut hasil air tangan ibu mentuanya, Norhaida Udin, 58, yang mengusahakan kedai tersebut lebih 10 tahun lalu.

"Ramai yang puji dan kata payah nak dapat menu macam ini. Macam jangek hasil gabungan kulit lembu dan rebung dan kerting pula dari urat lembu.

"Memang cepat habis dan kedai pula tidak putus-putus dipenuhi pelanggan sejak beberapa hari lalu, demam PRK memang bagi rezeki melimpah kepada peniaga seperti kami," jelas Atirah.

Dalam pada itu, difahamkan menu ini juga merupakan menu kegemaran Allahyarham Datuk Seri Johari Harun setiap kali berkunjung ke kedai.

Kedai Makan Kak Su dipenuhi pelanggan.
Kedai Makan Kak Su dipenuhi pelanggan.

Sementara itu, pelanggan, Razak Daud, 63, dari Jerantut turut memuji menu tersebut selepas kali pertama kali menikmatinya.

Artikel Berkaitan:

"Saya tidak pernah makan sebelum ini, ia unik dan sedap. Memang menarik buat orang luar seperti kami," katanya yang turun membantu jentera Barisan Nasional (BN) pada PRK tersebut.

Turut menerima tempias PRK, seorang pemilik Angah Cafe, Zuraida Ahmad, 50, di Kampung Jawi-Jawi di sini, kedainya juga tidak putus-putus dikunjungi pelanggan.

Menurutnya, selain nasi ayam penyet, nasi lemak, sate tulang merupakan menu paling laris di kedainya.

"Memang cepat habis dan nak sediakan setiap hari kena bergantung juga dengan bekalan.

"Kali ini memang terasa penangan PRK, syukur sebab penuh sahaja sampai kami pun tak mampu memenuhi permintaan pelanggan," katanya yang mengusahakan kedai itu sejak 30 tahun lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!