Mesyuarat SPR berlangsung bincang urusan PRK DUN Jepak

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azmi Sharom mempengerusikan Mesyuarat khas SPR yang berlangsung jam 10 pagi ini bagi mengumumkan tarikh-tarikh penting PRK DUN Jepak. - Foto Bernama
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azmi Sharom mempengerusikan Mesyuarat khas SPR yang berlangsung jam 10 pagi ini bagi mengumumkan tarikh-tarikh penting PRK DUN Jepak. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak sedang berlangsung di Menara SPR di sini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom itu bermula pada jam 10 pagi antaranya bagi menentukan tarikh-tarikh penting PRK berkenaan seperti tarikh penamaan calon dan hari mengundi.

Mesyuarat turut dihadiri Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak serta ahli-ahli SPR iaitu Zoey Randhawa, Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis, Datuk Nik Ali Mat Yunus dan Datuk Dr Lee Bee Phang.

SPR akan mengadakan sidang media usai mesyuarat itu.

PRK DUN Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Talib Zulpilip akibat komplikasi buah pinggang pada 15 Sept lepas.

Talib, 72, ialah penyandang kerusi DUN Jepak di bawah Parlimen Bintulu selama enam penggal sejak 1996. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!