Arteta kecewa gagal raih kemenangan

Arteta - Foto AFP
Arteta - Foto AFP
A
A
A

MIKEL Arteta mengakui kecewa selepas pasukannya gagal meraih tiga mata ketika diikat Tottenham Hotspur 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates pada Ahad.

Tottenham dua kali bangkit dari ketinggalan untuk memperoleh keputusan seri dan menamatkan tiga kekalahan berturut-turut mereka terhadap Arsenal.

Arteta menegaskan pemainnya gagal memanfaatkan peluang terhidang untuk memastikan Arsenal dapat menamatkan rentak Spurs dan meraih kemenangan.

“Terutama apabila anda berada di hadapan dua kali dan peluang yang kami tidak sempurnakan terutamanya pada separuh masa pertama.

“Kami mahu lebih banyak gol tetapi kami tidak melakukannya. Saat-saat di mana kami menguasai permainan, kami melepaskan gol dan itu adalah tamparan hebat," katanya.

Pada separuh masa pertama, Mikel terpaksa melakukan dua pertukaran apabila Declan Rice dan Fabio Vieira cedera dengan Kai Havertz dan Jorginho menggantikan mereka.

Arteta mengakui bahawa Rice telah dikeluarkan kerana cedera dan dia tidak mahu mengambil risiko terus membiarkan pemain tengah itu bermain.

"Dia rasa tidak selesa di bahagian belakang badannya. Kami perlu menilainya. Sesuatu yang pelik apabila pemain seperti dia meminta dikeluarkan kerana tidak selesa beraksi. Harap masalah itu tidak berlarutan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!