Pemain Chelsea perlu lebih matang - Pochettino

Mauricio Pochettino - Foto AFP
Mauricio Pochettino - Foto AFP
A
A
A

MAURICIO Pochettino mahu pemain Chelsea lebih matang selepas terus bergelut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tumpas kepada Aston Villa 0-1 pada Ahad.

The Blues hanya menang sekali dalam enam perlawanan liga di bawah kendalian Pochettino selepas gol separuh masa kedua Ollie Watkins memastikan tiga mata untuk Villa di Stamford Bridge.

Mereka kini berada di kedudukan ke-14 hanya empat mata di atas zon penyingkiran dan gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan terakhir.

Kekalahan tersebut turut dibayangi dengan layangan kad merah kepada pemain pertahanan muda, Malo Gusto pada minit ke-58 selepas mengasari Lucas Digne.

Selepas semakan VAR, pengadil Jarred Gillett menukar keputusan kad kuning kepada kad merah kepada Gusto akibat permainan berbahaya.

Menambah kesengsaraan Pochettino, penyerang Chelsea Nicolas Jackson, yang hanya menjaringkan satu gol sejak berpindah dari Villarreal dilayangkan kad kuning kerana cuba menyekat sepakan percuma Villa dan digantung satu perlawanan.

Pochettino enggan mengkritik pegawai perlawanan dan sebaliknya berkata dia dan pemainnya mesti bertanggungjawab atas kesengsaraan Chelsea.

"Ia adalah tanggungjawab kami dan tanggungjawab pemain. Kami tidak boleh menyalahkan VAR atau pengadil.

Artikel Berkaitan:

"Situasinya, kami perlu bertindak berbeza, dengan cara yang berbeza. Saya tidak akan menyalahkan atau berkata apa-apa terhadap Malo Gusto.

“Situasi berlaku dalam bola sepak dan ia menjejaskan permainan dan pasukan secara negatif.

"Kami perlu matang seperti sebuah pasukan, bukan sahaja secara individu. Pemain seperti Nico (Jackson) yang begitu muda dan dia memerlukan masa," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!