Elakkan 5 jenis pekerjaan dan sumber pendapatan haram ini

Terdapat lima jenis pekerjaan dan sumber pendapatan yang haram melibatkan ramai umat Islam.

Terdapat lima jenis pekerjaan dan sumber pendapatan yang haram melibatkan ramai umat Islam.
Terdapat lima jenis pekerjaan dan sumber pendapatan yang haram melibatkan ramai umat Islam.
A
A
A

SEBAGAI umat Islam, antara kewajipan kita sebagai khalifah di bumi ini adalah mencari sumber atau pendapatan yang halal dalam kehidupan seharian.

Mencari yang halal itu fardu bagi umat Islam. Ia dapat dilihat menerusi firman-NYA.

"Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan ALLAH kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertakwalah kepada ALLAH yang kepada-NYA sahaja kamu beriman."Selepas ALLAH memerintah manusia untuk mencari rezeki yang halal, ALLAH menutup ayat tersebut dengan perintah yang kedua iaitu perintah supaya bertakwa kepada-Nya. (Surah al-Maidah ayat 88)

Ini bermaksud bagi orang yang beriman, selain soal halal dan haram, takwa turut menjadi keutamaan. Ketakwaan dalam melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala larangan-NYA.

Oleh itu, kita haruslah sentiasa peka dengan apa jua pekerjaan dan sumber dalam kehidupan seharian.

Seperti dikongsi Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Dr Nor Hazrul Mohd Salleh, terdapat lima jenis pekerjaan dan sumber pendapatan yang haram melibatkan ramai umat Islam yang terlibat seperti:

Seorang Muslim hendaklah menghindari diri daripada terlibat dengan apa-apa pekerjaan yang berkaitan dengan arak.
Seorang Muslim hendaklah menghindari diri daripada terlibat dengan apa-apa pekerjaan yang berkaitan dengan arak.

1.Arak

Artikel Berkaitan:

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah al-Maidah, ayat 90)

Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dan sesungguhnya khamar itu haram dan hasil jualannya juga haram. Sesungguhnya khamar itu haram dan hasil jualannya juga haram. Sesungguhnya khamar itu haram dan hasil jualannya juga haram." (Hadis Riwayat Ahmad)

Justeru bagi seorang Mukmin hendaklah dia bertakwa kepada ALLAH dengan menghindari diri daripada terlibat dengan apa-apa pekerjaan yang berkaitan dengan arak.

Ini dikuatkan dengan hadis Anas bin Malik RA maksudnya "Rasulullah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan iaitu pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya." (Hadis Riwayat Imam al-Tirmidzi)

2.Riba

Daripada al-Sha'bi RA berkata maksudnya: "Rasulullah SAW melaknat orang yang memakan riba, orang yang memberi riba, saksinya dan penulisnya." (Hadis Riwayat al-Nasa'I)

Firman ALLAH yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada ALLAH dan tinggalkanlah riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah, bahawa ALLAH dan Rasul-NYA akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (daripada mengambil riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya." (Al- Baqarah, ayat 278-279)

No Image Caption

3.Rasuah

Pengharaman rasuah jelas sama ada dalam al-Quran dan al-Sunnah. Larangan rasuah dalam al-Quran diambil daripada celaan ALLAH terhadap kaum Yahudi yang biasa mengambil rasuah.

"Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya)." (Surah al-Maidah, ayat 42)

4. Menggadai maruah

Salah satu pekerjaan yang diharamkan adalah bekerja di tempat-tempat yang boleh menggadaikan maruah diri sebagai seorang Muslim.

Pekerjaan tersebut seperti pelacur, teman sosial (di kelab malam), penari, penyanyi dan pemain alat muzik di kelab malam (terdapat hidangan arak dan pergaulan bebas lelaki perempuan), bonser (pengawal keselamatan untuk tempat maksiat), tukang urut untuk berlainan jenis (lelaki mengurut wanita atau wanita mengurut lelaki), menjadi model pakaian atau iklan yang mendedahkan aurat dan menjadi tontonan orang ramai dan mendapat habuan (wang ringgit atau projek) kerana merancang konspirasi bertujuan mengaibkan seseorang Muslim dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV), membuat video atau mengambil gambar dan sebagainya.

Umat Islam perlu memastikan setiap perkara yang dilakukan setiap hari perlu berlandaskan kepada syariat Islam, terutama dalam pemilihan makanan seharian.
Umat Islam perlu memastikan setiap perkara yang dilakukan setiap hari perlu berlandaskan kepada syariat Islam, terutama dalam pemilihan makanan seharian.

5. Perkara yang haram dihalalkan dan yang haram dihalalkan

Sebagaimana yang diketahui umum, binatang yang diharamkan secara tetap dari sudut daging, kulit, darah dan semua berkaitan denganya adalah babi.

Firman ALLAH yang bermaksud "Sesungguhnya ALLAH hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi." (Surah al-Baqarah, ayat 173)

Justeru, umat Islam perlu memastikan setiap perkara yang dilakukan setiap hari perlu berlandaskan kepada syariat Islam dan memastikan hanya perkara yang halal sahaja dilaksanakan dan menjauhi segala yang diharamkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!