BDB Energy, Pumar Solar Power jalin kerjasama teroka industri solar

Raja Shahreen (dua dari kiri) menukar MoU dengan Ketua Pegawai Eksekutif PSP, Nor Azam (dua dari kanan) pada Majlis Menandatangani MoU antara BDB Energy dan PSP di Hotel Raia, Alor Setar.
Raja Shahreen (dua dari kiri) menukar MoU dengan Ketua Pegawai Eksekutif PSP, Nor Azam (dua dari kanan) pada Majlis Menandatangani MoU antara BDB Energy dan PSP di Hotel Raia, Alor Setar.
A
A
A

BDB Energy Sdn Bhd (BDB Energy) mengumumkan kerjasama dengan Pumar Solar Power Sdn Bhd (PSP) selepas memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meneroka industri tenaga solar di Malaysia.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Raja Shahreen Raja Othman berkata, ia merupakan langkah strategik dalam merealisasikan komitmen BDB Energy sebagai syarikat tenaga boleh diperbaharui (RE) baharu ditubuhkan dan dimiliki sepenuhnya BDB untuk mempromosi sumber RE serta mengurangkan jejak karbon.

Beliau berkata, MoU itu turut menetapkan terma kerjasama mengeksplorasi peluang tenaga solar dengan memberikan tumpuan khusus di Kedah dan negeri berpotensi lain di Malaysia,malah cukup bermakna bagi BDB Energy kerana ia sejajar dengan objektif perniagaan strategik syarikat.

"Kerjasama tersebut selari dengan pelancaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) oleh kerajaan Persekutuan yang menetapkan sasaran RE sebanyak 40 peratus menjelang 2035 dan seterusnya 70 peratus menjelang 2050.

"Bagi mencapai sasaran itu, ia memerlukan sokongan dan kerjasama kolektif di setiap negeri di Malaysia dan BDB menerusi BDB Energy akan turut memainkan peranan bagi membolehkan sektor ini berkembang di Kedah bagi memastikan kemajuan negara ke arah masa depan mampan,"katanya.

Raja Shahreen (tiga dari kiri) dan Nor Azam (tiga dari kanan) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sambil disaksikan Che Had Dhali (tengah) pada Majlis Menandatangani MoU antara BDB Energy dan PSP di Hotel Raia, Alor Setar.
Raja Shahreen (tiga dari kiri) dan Nor Azam (tiga dari kanan) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sambil disaksikan Che Had Dhali (tengah) pada Majlis Menandatangani MoU antara BDB Energy dan PSP di Hotel Raia, Alor Setar.

Beliau berkata demikian selepas menandatangai MoU antara BDB Energy dan PSP di Hotel Raia, Alor Setar, Kedah.

Hadir sama, Pengerusi BDB, Che Had Dhali, Ketua Pegawai Eksekutif PSP, Nor Azam Kamisan dan Ketua Pegawai Kewangan PSP, Masliza Abu Bakar.

Artikel Berkaitan:

Tambah Raja Shahreen, MoU ditandatangani antara BDB Energy dan PSP menunjukkan komitmen kukuh kedua-dua pihak untuk memanfaatkan tenaga solar dan sumber RE lain yang memberikan impak positif kepada alam sekitar serta mempromosikan amalan perniagaan mampan.

Beliau berpandangan, usaha ini sejajar dengan Teras Keenam Pelan Pembangunan Kedah 2035 yang memfokuskan pada kemampanan alam sekitar dan akan turut diaplikasikan merentas pelbagai portfolio Kumpulan BDB.

“Kerajaan Kedah turut menggariskan enam inisiatif untuk menjayakan Teras Keenam,yang mana salah satu daripadanya penetapan garis panduan kelestarian alam sekitar dalam perancangan pembangunan dan BDB Energy boleh memainkan peranan untuk mencapai sasaran ini,” katanya.

Beliau turut menjelaskan BDB Energy mempunyai beberapa bidang kepakaran utama iaitu penjanaan dan penghantaran kuasa elektrik, pengeluaran tenaga boleh diperbaharui, kejuruteraan dan perolehan.

"Antara kepakaran lain, pembinaan dan pentauliahan (EPCC), pembangunan suria, pengendalian kemudahan penjanaan boleh diperbaharui, penyelenggaraan dan penyelesaian kecekapan tenaga,"katanya.

Menurut Raja Shahreen lagi, MoU ini menandakan pendekatan strategik BDB Energy untuk menggunakan kepakaran teknikal PSP dan kehadiran pasaran yang mapan untuk mempercepat pertumbuhan dalam sektor RE.

"Dengan kerjasama ini, ia akan dapat menyumbang kepada pengurangan pelepasan gas rumah hijau, penggunaan teknologi RE dan mempromosikan pembangunan mampan," katanya.

Beliau menyifatkan kerjasama strategik ini lebih mengukuhkan visi bersama kedua-dua syarikat untuk mendorong penyelesaian tenaga mampan di Malaysia dan luar negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!