Ribut petir, angin kencang dalam tempoh panjang diramal di utara Semenanjung

Ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh lebih panjang dijangka berlaku di negeri utara Semenanjung termasuk kawasan perairan negeri berkenaan. - Gambar hiasan
Ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh lebih panjang dijangka berlaku di negeri utara Semenanjung termasuk kawasan perairan negeri berkenaan. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh lebih panjang dijangka berlaku di negeri utara Semenanjung termasuk kawasan perairan negeri berkenaan, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Berdasarkan ramalan cuaca signifikan yang dikeluarkan MetMalaysia pada jam 12.30 tengah pada Isnin, keadaan itu berlaku berikutan penumpuan angin yang sedang berlaku di kawasan utara Semenanjung yang dijangka berlanjutan hingga Rabu ini.

Ramalan itu berdasarkan analisis model cuaca.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!