Newcastle United dalam kelas tersendiri
KEJAYAAN Newcastle United menewaskan Sheffield United 8-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Bramall Lane menunjukkan motivasi dan mentaliti sebenar The Magpies musim ini.
Bagaimanapun pengendali Newcastle United, Eddie Howe mengakui masih terdapat ruang penambahbaikan bagi meningkatkan prestasi kelab tersebut.
“Ia sangat bagus. Saya tidak tahu sama ada ia adalah persembahan yang lengkap, namun kami sentiasa mencari perkara untuk diperbaiki.
“Kami bermula dengan sangat baik dengan mendapat gol lebih awal. Itu membuatkan kami tenang dan bermain lebih bagus selepas itu.
“Ya, kami mempunyai kumpulan yang benar-benar bermotivasi. Ia adalah musim yang panjang untuk kami yang dipenuhi banyak cabaran yang akan datang,” kata Howe.
Sean Longstaff meletakkan Newcastle di hadapan pada hasil jaringan minit ke-21 diikuti jaringan Dan Burn (m-31), Sven Botman (m-35).
Separuh masa kedua, Callum Wilson melebar jaringan pada minit ke-56, Anthony Gordon (m-61), Miguel Almirón (m-68), Bruno Guimaraes (m-73) sebelum Alexander Isak melengkapkan kemenangan besar pasukan pelawat pada minit ke-87.
Kemenangan itu juga menyaksikan Newcastle menjadi pasukan pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris yang mempunyai lapan penjaring berbeza dalam satu perlawanan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!