Tiga KSU bertukar kementerian

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali mengumumkan tiga Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) bertukar kementerian berkuat kuasa esok.

Menerusi kenyataan pada Isnin, Mohd Zuki memaklumkan KSU Kementerian Sumber Manusia; Datuk Seri Dr Zaini Ujang ditempatkan ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KSU Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI); Datuk Seri Isham Ishak pula beralih ke Kementerian Pertahanan.

KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Azman Mohd Yusof pula bertukar ke jawatan sama di Kementerian Perpaduan manakala KSU Kementerian Perpaduan Datuk Noridah Abdul Rahim dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, Timbalan KSU MITI; Hairil Yahfi Yaacob dilantik bagi mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Isham.

"Saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas pelantikan ini dan percaya dengan kemampuan pegawai yang dilantik untuk terus memacu kecemerlangan kementerian dan agensi dalam menjayakan agenda Malaysia Madani," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!