NS cadang nama Rafizi jadi Senator?

Tular dakwaan Rafizi dicadangkan sebagai Senator Dewan Negara mewakili Negeri Sembilan dan mendapat bantahan Exco negeri.
Tular dakwaan Rafizi dicadangkan sebagai Senator Dewan Negara mewakili Negeri Sembilan dan mendapat bantahan Exco negeri.
A
A
A
SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun nafi kenyataan bantahan Exco terhadap cadangan bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebagai Senator Dewan Negara mewakili Negeri Sembilan.

Menurutnya, kenyataan berkenaan yang tular melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial itu adalah tidak benar.

No Image Caption



“Maklumat yang kata Exco membantah itu adalah tidak betul, siapa cakap ada tentangan daripada Exco? Semua Exco setuju, Insya-ALLAH,” katanya selepas Program Back To School anjuran TNB di Dewan Orang Ramai Sikamat di sini, hari ini.

Bagaimanapun, ketika diasak wartawan, sama ada benar nama Rafizi dicadangkan sebagai Ahli Dewan Negara dan akan dibentangkan pada Persidangan Dun ini, Aminuddin hanya tersenyum dan enggan mengulas lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!