Khiriah nak pakai niqab tapi iman turun naik
PELAKON hebat, Noorkhiriah berkongsi hasrat untuk mengenakan niqab kerana percaya dapat mendorong lebih kebaikan.
Begitupun, Khiriah, 43, mengakui belum punya kekuatan untuk memakai niqab biarpun ia dapat memudahkan solat.
“Akak ni ikut hati nak pakai macam ini sekarang adik. Tapi akak tahu tak kuat dan mampu lagi. Pakai macam ni dapat benda dilindung, disorok, tak payah berbedak dan lain-lain lagi.
“Mudah nak solat tapi itulah iman macam naik kuda, sekejap turun sekejap naik. Pakai buka pakai, nanti macam main-main pula.
“Niqab ni bukan fesyen walaupun tak wajib,” katanya di Instagram miliknya.
Sungguhpun menyatakan hasrat mulianya itu, Khiriah bagaimanapun menutup ruangan komen.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!