Pesawat terpaksa patah balik gara-gara penumpang mabuk buat onar

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SYDNEY - Seorang lelaki warga Australia ditahan dan didakwa pada Isnin selepas kelakuannya yang tidak terkawal memaksa penerbangan domestik berpatah balik ke Lapangan Terbang Perth, lapor Xinhua.

Polis Persekutuan Australia (AFP) mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa lelaki berusia 33 tahun itu akan dihadapkan ke mahkamah pada Isnin, dituduh berkelakuan tidak senonoh dan gagal mematuhi arahan kakitangan syarikat penerbangan.

Penerbangan JQ989 yang dikendalikan oleh Jetstar, dijadual berlepas dari Perth ke Sydney pada malam Ahad.

Pegawai AFP menerima panggilan mengenai seorang penumpang yang dikatakan mabuk dan menghina seorang anak kapal kabin secara lisan dan gagal mematuhi arahan.

Akibat kejadian itu, penerbangan terpaksa berpatah balik dan kembali ke lapangan terbang, hingga menimbulkan kekecohan.

Lelaki itu boleh berdepan hukuman sehingga AU$27,500 (kira-kira AS$17,653) atas kesalahannya.

Penumpang yang selebihnya telah disediakan penginapan semalaman oleh Jetstar dan menaiki penerbangan lain pada pagi Isnin. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!