FAM, MFL, PSM bincang jadual guna Stadium Nasional Bukit Jalil

Stadium Nasional Bukit Jalil
Stadium Nasional Bukit Jalil
A
A
A

JADUAL penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil untuk baki tahun 2023 dan 2024 telah disusun menerusi mesyuarat antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) pada Isnin.

FAM menerusi satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, perbincangan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu memfokuskan kepada persediaan PSM menjelang pertandingan Pestabola Merdeka 2023 yang akan berlangsung di sini bermula dari 13 hingga 17 Oktober ini.

FAM memaklumkan, perlawanan pertama Kelayakan Piala Dunia 2026, Piala Asia 2027 dan aksi skuad Harimau Malaya menentang Kyrgyzstan pada 16 November turut dibincangkan FAM, MFL dan PSM.

"Selain itu, bagi saingan liga domestik, final Piala Malaysia 2023 dijadual berlangsung di Stadium Nasional pada 9 Dis,” kata FAM.

Pada mesyuarat berkenaan, FAM telah diwakili oleh Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin manakala MFL diwakili Presidennya, Datuk Ab Ghani Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Stuart Ramalingam dan PSM diwakili Pengerusinya, Datuk Hans Isaac.

Hamidin berkata, beliau berpuas hati dengan persiapan venue dilakukan PSM, termasuk berkaitan tempat duduk penonton serta padang selain berharap agar perlawanan-perlawanan itu dapat berlangsung dengan lancar dan sempurna. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!