SKMM siasat ikut undang-undang, bukan tindakan melampau - Fahmi
SHAH ALAM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) hanya bertindak berlandaskan undang-undang dan tidak pernah melampaui batas dalam setiap sekatan terhadap portal media tempatan.
Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata, anggota SKMM tidak pernah merujuk kepadanya sebelum mengambil sebarang tindakan sebaliknya, ia dilakukan dengan kerjasama polis berdasarkan aduan awam.
"Mereka tidak merujuk pun kepada saya sebelum mengambil sebarang tindakan.
"Saya juga menghormati pandangan wartawan sama ada veteran ataupun muda, bagi saya mereka semua penting," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran Malaysia Digital Expo 2023 pada Isnin.
Sementara itu, beliau berkata, kementerian dijangka akan membentangkan mengenai penubuhan Majlis Media Malaysia di Parlimen pada tahun depan.
“Saya berharap semua pihak mengingati antara satu lain. Walaupun kita menyentuh soal kebebasan media dan bersuara, ia tidak bermakna hak tersebut boleh disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah,” tegasnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!