Ribuan pengunjung meriahkan FGM 2019

WAN MUNADI
WAN MUNADI
A
A
A

BAYAN LEPAS - Meskipun kali pertama Festival Guru Malaysia (FGM) 2019 dianjurkan, namun program yang berlangsung di Pusat Kovensyen Setia Spice di sini, mendapat sambutan cukup luar biasa dengan kehadiran ribuan pengunjung setiap hari.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, bermula 12 Mei lalu, lebih 10,000 pengunjung khususnya guru-guru dari seluruh negara hadir setiap hari ke program yang berakhir pada Khamis ini.

Katanya, festival tersebut menjadi perhatian apabila semua aktiviti seperti pameran, pelancaran, anugerah serta persembahan diadakan di satu tempat yang sama sekali gus memudahkan pergerakan pengunjung.

"Antara kelainan yang kami sediakan adalah menyediakan pameran pendidikan abad ke-21 dan kelas pintar dengan penglibatan beberapa pihak. Ia antara aktiviti yang menjadi tumpuan pengunjung.

"Kalau kita tengok, setiap masa bermula dari jam 9 pagi sehingga 6 petang, pengunjung sentiasa memenuhi ruang pameran dan aktiviti," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tambahnya, menjelang dua hari terakhir festival tersebut, beliau berharap orang ramai khususnya guru-guru agar tidak melepaskan peluang menghadiri program berkenaan.

"Kepada yang belum sampai (pengunjung), saya harap mereka ambil peluang ini. Rugi sekiranya tidak datang ke karnival tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!