Tampil prestasi sebenar berdepan Korea Selatan di Hangzhou 2022 - Ahmad Jais

Ahmad Jais (gambar kecil) mahu pemain tampil prestasi sebenar ketika berdepan Korea Selatan dalam Acara Regu Sukan Asia Hangzhou 2022.
Ahmad Jais (gambar kecil) mahu pemain tampil prestasi sebenar ketika berdepan Korea Selatan dalam Acara Regu Sukan Asia Hangzhou 2022.
A
A
A

SKUAD takraw negara masih perlu memperbaiki kelemahan ketara biarpun berjaya bangkit mengatasi Indonesia 2-1 dalam aksi Kumpulan B Acara Regu Sukan Asia Hangzhou 2022 di Gimnasium Sukan Jinhua pada Isnin.

Nada tegas pengendali skuad negara, Ahmad Jais Baharun selepas melihat regu kedua dan regu ketiga terpaksa berhempas pulas setelah kekalahan regu pertama sebelum itu.

"Secara keseluruhan saya masih kurang berpuas hati dengan prestasi para pemain-pemain saya biarpun kita berjaya mengatasi Indonesia.

"Dua regu pertama kita gagal mempamerkan prestasi terbaik masing-masing.

"Ditambah pula kita banyak melakukan kesilapan mudah yang memberikan tekanan kepada pemain-pemain lain dalam regu itu untuk memperkemaskan semula prestasi masing-masing," katanya pada Isnin.

Skuad takraw negara membuka gelanggang acara regu langkah kiri apabila regu pertama tewas 0-2 bermula set pertama 15-21 diikuti set kedua 19-21.

Regu kedua pula bermula goyang apabila tewas set pertama 20-22 sebelum bangkit set kedua dengan kemenangan 21-17 dan 23-21 di set ketiga.

Regu ketiga negara tampil aksi lebih meyakinkan apabila menang 2-0 bermula kemenangan set pertama 21-10 diikuti set ketiga 21-12.

Artikel Berkaitan:

Skuad negara akan melengkapkan aksi Kumpulan B dengan berdepan Korea Selatan bagi penentuan juara kumpulan pada Selasa.

Dalam pada itu, bekas tekong negara itu menuntut para pemainnya kembali memberi tumpuan apabila berdepan Korea Selatan.

"Saya harap para pemain yang diberikan tanggungjawab menggalas cabaran berdepan Korea Selatan akan make comeback supaya prestasi semasa berada pada tahap sebenar.

"Mungkin kita akan lakukan pertukaran pemain dan penyusunan semula regu dalam usaha memperkemaskan semula hala tuju persembahan pasukan selepas ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!