MPHTJ lupuskan 3,527 iklan haram


Rafee (dua,kiri) ketika menggunting iklan haram bagI melupuskan bunting tersebut ketika sesi pelupusan iklan haram di bangunan MPHTJ, Melaka Mall, Ayer Keroh, di sini, hari ini.
Rafee (dua,kiri) ketika menggunting iklan haram bagI melupuskan bunting tersebut ketika sesi pelupusan iklan haram di bangunan MPHTJ, Melaka Mall, Ayer Keroh, di sini, hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) komited menyekat pemasangan iklan haram di sekitar kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Yang Dipertuanya, Rafee Ibrahim berkata, dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini sebanyak 3,527 iklan bunting telah diturunkan serta dilupuskan termasuk iklan pinjaman ah long yang kebanyakan digantung di kawasan perumahan.

Menurutnya, walaupun jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding 3,529 iklan bagi tempoh yang sama tahun lalu namun tidak melemahkan momentum penguat kuasa untuk lebih bekerja keras menurunkan iklan dalam kawasan yang berskala dengan pelbagai kesalahan seperti tidak mempunyai lesen iklan dan permit kebenaran menggantung selain iklan di tempat tidak dibenarkan.

"Saya sering menekankan agar penguat kuasa sentiasa mengawasi sepanjang jalan pintu masuk utama negeri supaya pelancong yang datang tidak dihidangkan dengan pemandangan iklan haram berkenaan.

"Walaupun bukan mudah untuk kita menanganinya dan mustahil untuk menghentikan kegiatan iklan haram itu, namun saya yakin kerjasama pelbagai pihak terutama penduduk setempat akan dapat membantu mengurangkan iklan ini," katanya pada sidang media selepas sesi pelupusan iklan haram di bangunan MPHTJ, Melaka Mall, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Rafee melihat sebahagian iklan haram yang berjaya diturunkan penguat kuasa MPHTJ.
Rafee melihat sebahagian iklan haram yang berjaya diturunkan penguat kuasa MPHTJ.

Hadir sama, Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) negeri, Mohammad Arif Haron dan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, Inspektor Wan Andika Ibrahim.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan akan diteruskan termasuk dengan kerjasama pelbagai pihak dalam memberi kesedaran masyarakat terutama mengenai iklan ah long yang pastinya mengenakan kadar faedah terlalu tinggi dan semua kesalahan diambil tindakan mengikut Undang-undang Kecil Iklan MPHTJ 2010 dan Undang-undang Kecil Vandalisme MPHTJ 2010.

Artikel Berkaitan:

"Adakalanya mereka menggunakan nombor palsu, namun SKMM memberi jaminan sekiranya nombor berkenaan memang benar melakukan kesalahan itu ia akan dibatalkan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Rafee berkata, pihaknya juga akan meletakkan dalam sebut harga bagi kontrak pemasangan iklan supaya turut dimasukkan pihak berkenaan bersama menurunkan sebarang iklan haram yang sebelum ini hanya dilakukan pihak majlis sahaja.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!