Musim tengkujuh di Guatemala ragut 32 nyawa

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BANDARAYA GUATEMALA - Musim tengkujuh Guatemala telah meragut 32 nyawa, manakala 16 lagi dilaporkan hilang, lapor Xinhua, memetik Koordinator Kebangsaan bagi Pengurangan Bencana (Conred) pada Isnin.

Terdapat kerosakan pada 30 sekolah, 242 jalan dan 31 jambatan, manakala kira-kira 472 kediaman berisiko musnah, lapor agensi itu.

Sementara itu, 5,689 orang hilang tempat tinggal, 10,303 dipindahkan dan 587 ditempatkan di pusat perlindungan akibat hujan lebat.

"Dalam tempoh 24 jam yang lalu, sistem Conred merekodkan enam insiden yang dikaitkan dengan hujan di seluruh negara," tulis agensi itu di platform media sosial X.

Pada awal Isnin, Sungai Naranjo di Bandaraya Guatemala yang melimpah, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang lemas manakala 15 lagi hilang. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!