Arteta tak kisah City, fokus prestasi Arsenal

Arteta - Foto EPA
Arteta - Foto EPA
A
A
A

JURULATIH Arsenal, Mikel Arteta enggan mengambil peduli prestasi cemerlang musuh tradisi mereka, Manchester City yang kukuh memimpin carta Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan rekod bersih enam aksi tanpa kalah untuk mengutip 18 mata.

Sebaliknya Arteta mahu fokus dengan ujian yang dihadapi skuadnya apabila kecederaan mula menyelubungi pasukan, selain prestasi tidak menentu The Gunners.

Arsenal terlepas meraih tiga mata berharga setelah diikat Tottenham Hotspur 2-2 dalam derby utara London Ahad lalu.

Keputusan itu meletakkan The Gunners ketinggalan empat mata di belakang The Citizens.

Mengulas defisit empat mata dengan City, Arteta enggan memikirkan perkara itu, sebaliknya mahu memberi tumpuan untuk menang dalam semua perlawanan yang diharungi.

“Kami tidak memikirkan perkara ini. Kami mempunyai perlawanan setiap tiga hari.

“Kami akan cuba memenanginya dan menambah baik pasukan. Itu sahaja," katanya.

Kem Arsenal turut dibelenggu kecederaan dengan yang terbaharu Declan Rice yang mengalami kecederaan belakang.

Artikel Berkaitan:

“Dia mengalami sedikit ketidakselesaan di belakangnya,” ujar Arteta.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!