Aksi hebat Ireland, Afrika Selatan lonjak semangat All Blacks

Papali'i - Foto Agensi
Papali'i - Foto Agensi
A
A
A

NEW Zealand memperoleh semangat baharu selepas menyaksikan perlawanan menakjubkan antara Ireland dan Afrika Selatan dalam aksi Piala Dunia Ragbi, hujung minggu lalu.

Keterujaan itu diluahkan Flanker All Blacks, Dalton Papali'i yang menganggap perlawanan berkenaan memberi inspirasi kepada mereka untuk mempamerkan aksi lebih baik dalam kejohanan berprestij tersebut.

Pertembungan dua kuasa besar ragbi dunia di Stade de France itu berakhir dengan kemenangan Ireland 13-8 ke atas Afrika Selatan.

Aksi hebat tersebut menyuntik semangat New Zealand untuk mencapai tahap permainan kedua-dua pasukan dalam baki saingan.

“Jika anda mahu beraksi pada tahap terbaik, anda perlu mencapai tahap itu,” kata pemain berusia 25 tahun itu.

New Zealand ketika ini menghuni ranking keempat dunia dan tewas aksi terakhir di tangan tiga pasukan di atas mereka termasuk ketika perlawanan pembukaan Piala Dunia menentang tuan rumah Perancis.

“Kami tahu tahap sekarang dan perlu pamer permainan ditunjukkan Ireland dan Afrika Selatan jika mahu mara lebih jauh dalam kejohanan ini,” ujar Papali'i.

New Zealand akan menentang Itali dalam aksi seterusnya di Lyon pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Menjelang perlawanan itu, jurulatih All Blacks, Scott McLeod enggan memandang rendah cabaran Azzurri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!