Dr Akmal Saleh 'terjah' kilang beras

Tangkap layar Dr Muhamad Akmal ketika bertegas dengan seorang pengilang beras dalam pemeriksaan mengejut yang dilakukan di sekitar negeri ini.
Tangkap layar Dr Muhamad Akmal ketika bertegas dengan seorang pengilang beras dalam pemeriksaan mengejut yang dilakukan di sekitar negeri ini.
A
A
A

MELAKA - Menyedari kesukaran rakyat untuk mendapat bekalan beras menyebabkan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh melakukan pemeriksaan secara mengejut di dua buah kilang beras di negeri ini pada Isnin.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, tindakan itu susulan aduan yang diterima daripada orang ramai mengenai ketiadaan bekalan beras tempatan di kedai runcit dan pasar raya sekitar Melaka.

Dalam video berdurasi lebih kurang tiga minit itu, Muhamad Akmal dilihat bersikap tegas dengan salah seorang pengilang yang didakwa enggan menjual beras tempatan pada harga disyorkan iaitu RM25.50 untuk sekampit beras 10 kilogram (kg).

Rakaman video itu mendapati pihak pengilang enggan mematuhi arahan itu kerana mendakwa hanya mendapat margin keuntungan yang kecil berbanding menjual beras import.

"Ini arahan kerajaan, kalau awak cakap rugi, saya tarik awak punya lesen kita bagi orang lain hantar," katanya tegas.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, berkata, kerajaan negeri mengambil inisiatif mengadakan jualan beras tempatan di 28 Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) bermula Sabtu ini.

Ujar beliau, langkah itu diambil susulan aduan dan menyelami denyutan nadi rakyat yang sukar mendapatkan bekalan tersebut.

Katanya, setiap Japerun akan dibekalkan sebanyak 300 kampit beras 10kg yang akan dijual pada harga RM26 sekampit.

Artikel Berkaitan:

"Jadi orang ramai boleh datang ke Japerun berhampiran dengan mereka dan kita akan adakan selagi terdapat bekalan beras tempatan ini setiap minggu pada Sabtu atau Ahad," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!