Cosmo Hotel Kuala Lumpur edar bubur lambuk
KUALA LUMPUR - Sebanyak 150 pek bubur lambuk diagihkan kepada golongan asnaf dan gelandangan di pekarangan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, di sini, Jumaat lalu.
Pengurus Besar Cosmo Hotel Kuala Lumpur, Susan Carlos berkata, agihan makanan itu dijalankan pihaknya dengan kerjasama wakil pengurusan masjid terbabit.
Menurutnya, proses agihan bubur lambuk tersebut dimulakan pada jam 5 petang sehingga habis.
"Aktiviti ini pertama kali dilaksanakan Cosmo Hotel Kuala Lumpur dan merupakan platform untuk kita memberi kembali kepada masyarakat setempat.
"Pihak hotel sentiasa mencari peluang untuk terus menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebegini terutamanya pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Susan berkata, pihaknya berharap dapat bekerjasama dengan lebih banyak organisasi lain selepas ini dalam menjayakan aktiviti CSR.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!