Mangsa banjir di Kubang Pasu meningkat 166, PPS kedua dibuka

Jumlah mangsa di PPS pertama iaitu di SMK Changlun pula kini telah menempatkan seramai 150 orang setakat jam 4 petang pada Selasa. Foto Ihsan APM
Jumlah mangsa di PPS pertama iaitu di SMK Changlun pula kini telah menempatkan seramai 150 orang setakat jam 4 petang pada Selasa. Foto Ihsan APM
A
A
A

CHANGLUN - Sebuah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah Kubang Pasu selepas bilangan mangsa banjir telah meningkat kepada 166 orang setakat jam 4 petang pada Selasa.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, PPS kedua dibuka di Dewan Kampung Tradisi Lembang Keriang, dekat sini bagi menempatkan 16 mangsa daripada lima keluarga.

Menurutnya, jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun pula meningkat kepada 150 mangsa daripada 43 keluarga berbanding 123 mangsa daripada 36 keluarga. setakat jam 12 tengah hari pada Selasa.

"PPS kedua iaitu Dewan Kampung Tradisi Lembang Keriang dibuka pada jam 11.30 pagi selepas jumlah mangsa semakin meningkat dan menempatkan 16 orang.

"Jumlah mangsa di PPS pertama iaitu di SMK Changlun pula kini telah menempatkan seramai 150 orang setakat jam 4 petang pada Selasa," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mohd Adenin berkata, kawasan yang terjejas dengan banjir adalah Kampung Nang Mah dan Kampung Paya Nong Mi dalam Mukim Temin manakala trend air pula sedang meningkat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!