Tendang pengadil: Selangor FC buat siasatan dalaman

Insiden membabitkan pemain pertahanan Selangor FC, Yazan Al-Arab yang menendang pengadil perlawanan ketika perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia.
Insiden membabitkan pemain pertahanan Selangor FC, Yazan Al-Arab yang menendang pengadil perlawanan ketika perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia.
A
A
A

SELANGOR FC giat menjalankan siasatan dalaman berhubung insiden menendang pengadil dalam aksi kedua Piala Malaysia yang menemukan skuad Gergasi Merah dengan Terengganu FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Ahad.

Malah kelab itu dalam satu kenyataan pada Selasa menentang sekeras-kerasnya sebarang bentuk tindakan yang tidak menghormati semangat kesukanan.

“Kelab mengambil maklum berkenaan insiden-insiden yang berlaku sekitar perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di antara Selangor FC dan Terengganu FC pada 24 September lalu.

“Kelab Bola Sepak Selangor menentang sekeras-kerasnya sebarang bentuk tindakan yang tidak menghormati semangat kesukanan oleh mana-mana pihak.

“Pihak kelab sedang meneliti dan menjalankan siasatan dalaman berkenaan insiden-insiden tersebut dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi sebarang siasatan,” ujar kenyataan itu.

Aksi tersebut dicemari dengan insiden membabitkan pemain pertahanan Selangor FC, Yazan Al-Arab yang menendang pengadil perlawanan.

Justeru skuad Gergasi Merah juga mahu satu siasatan dilakukan terhadap mutu pengadilan perlawanan tersebut.

“Selain itu, pihak kelab percaya bahawa sebarang penjelasan perlu melalui saluran yang bersesuaian dan sebuah laporan mengenai mutu pengadilan perlawanan tersebut juga akan dikemukakan kepada FAM untuk pertimbangan yang sewajarnya.

Artikel Berkaitan:

“Pihak kelab akan mengumumkan tindakan lanjut berdasarkan hasil siasatan yang telah dijalankan dalam masa terdekat,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!