Bukan kategori fakir miskin dan asnaf sahaja, ini 8 golongan layak terima zakat

Zakat Fisabilillah bermaksud mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.
Zakat Fisabilillah bermaksud mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.
A
A
A

BARU-BARU ini tular mengenai isu pemberian biasiswa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada anak bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Rentetan itu, terdapat sesetengah warganet yang tidak berpuas hati dengan berita tersebut sehingga mencetuskan perdebatan hangat mengenainya.

Salah seorang pengguna laman (X) menganggap perkara tersebut seakan-akan tidak adil dan membandingkan dengan golongan asnaf yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran.

Enggan berdiam diri, Dr. Zul kekal tenang dalam menjawab setiap persoalan dan pertikaian yang dilontarkan kepadanya.

"Perkara paling penting yang ramai perlu tahu adalah ada lapan pembahagian asnaf. Asnaf bukan hanya fakir miskin. Tidak tepat 'fakir miskin dan asnaf'. Pelajar termasuk di bawah asnaf fisabilillah,” katanya.

Berikut merupakan antara lapan golongan asnaf yang diperkatakan oleh Dr. Zul berkenaan isu tersebut.

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Artikel Berkaitan:

1. Fakir

Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan daripada sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.

2. Miskin

Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.

3. Amil

Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.

4. Mualaf

Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu:

a) Beragama Islam

- Baru memeluk agama Islam

- Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya.

- Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di bawah pimpinannya.

- Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh.

b) Bukan beragama Islam

- Boleh dipujuk supaya masuk Islam.

- Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam.

Zakat ialah mengeluarkan harta dengan kadar tertentu mengikut syarat-syaratnya untuk diagihkan kepada golongan tertentu.
Zakat ialah mengeluarkan harta dengan kadar tertentu mengikut syarat-syaratnya untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

5. Al-Riqab

Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.

6. Al-Gharimin

Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

7. Fi Sabilillah

Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

8. Ibnu Sabil

Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!