Wushu sumbang perak buat Malaysia di Hangzhou
SKUAD wushu menamatkan kemarau 13 tahun pingat pada Sukan Asia apabila Tan Cheong Min menyumbang perak dalam acara gabungan nanquan dan nandao di Hangzhou sebentar tadi.
Cheong Min menampilkan aksi jitu untuk mengakhiri saingan di tempat kedua secara keseluruhan dengan 19.419 mata.
Unggul meraih emas ialah atlet tuan rumah, China Chen Huiying yang memungut 19.590 mata.
Cheong Min meraih 9.703 mata menerusi acara nanquan pada sebelah pagi dan kutipan 9.716 mata dalam acara nandao mengesahkan perak menjadi milik atlet berusia 26 tahun itu.
Kali terakhir kem wushu merangkul pingat pada Sukan Asia adalah menerusi Chai Fong Ying yang memenangi emas acara gabungan taijiquan dan taijijian pada edisi 2010 di Guangzhou, China.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!