Jabatan Penjara sasar 6,000 bekas banduan jadi usahawan

Nordin (kiri) memuji makanan yang dihasilkan oleh penghuni penjara yang dijual di Program My Pride Fest, Mesej Dari Penjara dan Outreach Bersama Komuniti di Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu pada Selasa.
Nordin (kiri) memuji makanan yang dihasilkan oleh penghuni penjara yang dijual di Program My Pride Fest, Mesej Dari Penjara dan Outreach Bersama Komuniti di Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Penjara Malaysia menyasarkan 6,000 daripada 10,000 bekas banduan yang dibebaskan setiap bulan akan 'dilahirkan' sebagai usahawan.

Komisioner Jeneral Penjara Malaysia, Datuk Nordin Muhammad berkata, hasrat itu mampu direalisasikan apabila produk keluarkan penghuni 'tirai besi' itu mempunyai kualiti tinggi selain ditawarkan pada harga berpatutan.

"Ini semua hasil tangan banduan, kerana sepanjang mereka berada di sebalik tembok ramai tangan-tangan emas yang telah dilahirkan.

"Kemahiran yang diperoleh itu diharap dapat membantu mereka selepas dibebaskan nanti," katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian Program My Pride Fest, Mesej Dari Penjara dan Outreach Bersama Komuniti di Mydin Mall Tunjong di sini pada Selasa.

Menurut beliau, antara produk yang boleh didapati dari penjara adalah terdiri daripada besi, kayu, makanan, fabrik batik, songket dan Tenun Pahang.

Ujarnya, menjadi misi jabatan untuk memperkasakan keusahawanan bagi melatih penghuni penjara berkemahiran agar dapat membantu mereka selepas bebas nanti.

Dalam perkembangan lain, Nordin memberitahu, setakat ini terdapat hampir 80,000 banduan di penjara seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!