Qatar ada banyak duit, kata menteri
IPOH - "Tak kan mau jemput dia datang Malaysia labur dalam industri ikan, dia mesti mahu yang menarik."
Itu kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, yang mendedahkan terdapat pihak dari Qatar yang berhasrat untuk melabur sebanyak US$400 bilion (RM1.6 trilion) untuk dilaburkan seluruh dunia.
Menurut Khalid, kerajaan melihat peluang untuk menarik pelaburan berkenaan sekiranya projek kereta nasional ketiga cetusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ditawarkan kepada pihak Qatar terbabit.
"Qatar ada US$400 bilion untuk dilaburkan seluruh dunia. Dia ada banyak duit mahu dilaburkan lalu kita mahu cari supaya dia labur di Malaysia.
"Antara projek-projek yang ditawarkan untuk dia labur adalah kereta Malaysia ketiga," katanya kepada pemberita selepas selesai sesi penggulungan Konvensyen Nasional Amanah 2018, di Casuarina@Meru, di sini, hari ini.
Tegas Khalid, apa yang menjadi keutamaan buat masa ini adalah untuk mencari projek yang boleh menarik perhatian pihak berkenaan melabur di negara ini.
"Dia mesti mahu yang menarik antaranya adalah kereta Malaysia ketiga yang mana kita setuju kalau nak buat ia mestilah inisiatif swasta dan bukan guna duit kerajaan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!