Depoh bahan api meletup, 20 maut, ratusan lagi cedera
MOSCOW - Sekurang-kurangnya 20 orang maut, manakala 290 lagi cedera dalam insiden letupan depoh bahan api di wilayah Nagorno-Karabakh pada Isnin, lapor Xinhua.
Seramai tujuh mangsa meninggal dunia di hospital dan 13 lagi mayat yang masih belum dikenal pasti identiti dibawa ke pejabat koroner, memetik pihak berkuasa penjagaan kesihatan tempatan.
Puluhan mangsa yang cedera dalam keadaan kritikal dan ada yang masih hilang, menurut laporan Armenia Armenpress,
Pasukan perubatan dari ibu kota Armenia Yerevan kini dalam perjalanan ke wilayah itu dengan menaiki helikopter untuk membantu mangsa. - Bernama/Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!