Hakisan pantai
Keadaan Pantai Kempadang yang semakin terhakis akibat pukulan ombak serta fenomena air pasang besar ketika tinjauan hari ini.
Pantai Kempadang yang terletak kira-kira 12 KM dari pusat bandar merupakan antara pantai yang menjadi tumpuan orang ramai berkelah dan berekreasi terutama pada cuti hujung minggu selain daripada Pantai Teluk Cempedak, Pantai Teluk Sisek dan Pantai Sepat yang turut berdekatan dengan pusat bandar.
Berkenaan isu hakisan pantai ini, Kerajaan Negeri Pahang sudah mengenal pasti beberapa lokasi hakisan pantai di seluruh negeri Pahang dan usaha untuk membaik pulih sedang dilakukan secara berperingkat dengan langkah awal membina struktur kawalan hakisan pantai atau 'rock revetment' dengan meletakkan batu di kawasan pantai yang terjejas.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!