Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Sinar Karangkraf serah sumbangan kali kedua buat Sufi Syafrina

27 September 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 26 SEPTEMBER 2023

Bapa kepada bayi berusia lapan bulan, Mohd Shafiq Idrus, 38, berkata, dia berharap ramai pihak sudi membantu menyelamatkan nyawa anak perempuanya, Sufi Syafrina Mohd Shafiq yang menderita penyakit genetik Atrofi Otot Spina (SMA) jenis 1, lapor wartawan Sinar Harian, Farhana Abd Kadir.

Menurut bapa kepada tiga orang cahaya mata itu, Sufi Syafrina memerlukan rawatan tambahan di Hospital Thompson bagi mendapatkan ubat Risdiplam yang mencecah lebih RM45,000.

Ujarnya, ubat tersebut hanya dibekalkan di Hospital swasta terpilih dan dia tidak mampu menanggung beban kos tersebut.

Walau bagaimanapun, dia menitipkan ucapan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan oleh pihak Sinar Karangkraf yang membantu meringankan beban kewangan mereka.

Artikel berkaitan: https://shorturl.at/oGHX5

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mojo #MojoLive #SinarTerkini #SufiSyafrina #tabungSufiSyafrina