Padah bermain lawan olok-olok, remaja tertikam rakan sendiri
BANGKOK - Gara-gara bermain pisau baharu dibeli, seorang remaja berusia 17 tahun secara tidak sengaja menikam kawan baik sehingga mati di sebuah taman awam di wilayah Nong Bua Lamphu, Thailand, lapot Thaiger.
Semasa insiden, Ton dan rakannya itu dikatakan berlawan olok-olok antara satu sama lain sebelum pisau dipegang tiba-tiba tersasar dan terkena leher mangsa.
Ton yang tidak sedarkan diri di lokasi kejadian dikejarkan ke hospital dan doktor melakukan bantuan Resusitasi kardiopulmonari (CPR), gagal menyelamatkannya.
Sementara itu, Hospital Nong Bua Lamphu melaporkan mangsa mengalami luka akibat tikaman di leher dalam kejadian pada jam 7.30 petang, Ahad lalu.
Polis yang tiba di hospital dan bertemu rakan-rakan Ton di luar bilik kecemasan berjaya menahan suspek dikenali sebagai Thanate dan di bawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
Menurut laporan polis, mangsa dan suspek sedang bergurau sesama sendiri dengan pisau baharu yang dibeli sebelum salah satu senjata tajam seorang daripada mereka terkena leher mangsa dan mengakibatkan kecederaan parah.
Sorang jiran memberitahu Channel 3 bahawa kehidupan Ton sangat sukar. Sejak kecil, ayahnya meninggalkan mereka sekeluarga sejak dia berusia tiga tahun manakala ibunya mengalami masalah mental.
Dalam kejadian berkaitan pada tiga minggu lalu, seorang budak lelaki berusia 13 tahun ditikam mati oleh rakan baik yang menunjukkan pedang baharunya.
Punca tikaman sama seperti kes Ton apabila senjata itu terlepas dari sarung dan menikam dada mangsa. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!