Warga emas hilang ditemui mati di kawasan paya

Lokasi mangsa ditemui iaitu di kawasan berpaya kira-kira satu kilometer dari penempatan ahli keluarga mangsa. - Foto APM
Lokasi mangsa ditemui iaitu di kawasan berpaya kira-kira satu kilometer dari penempatan ahli keluarga mangsa. - Foto APM
A
A
A

MARAN - Seorang warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga pada Ahad lalu ditemui meninggal dunia pada Isnin.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Maran, Kapten Pertahanan Awam (PA) Mohd Nor Azhar Yusof berkata, penemuan mayat, Nafisah Bakar, 81, di kawasan berpaya kira-kira satu kilometer dari penempatan di Rancangan Penempatan Semula Banjir (RPSB) Bukit Kening

"Ahli keluarga menjumpai mangsa di sekitar kawasan terbabit dan pegawai dari Kementerian Kesihatan (KKM) kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia," katanya pada Rabu.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan kehilangan warga emas terbabit selepas disedari ahli keluarganya kira-kira jam 3.30 petang.

Kehilangan warga emas itu kemudiannya dimaklumkan kepada pihak polis dan APM kira-kira jam 6.30 petang untuk bantuan mencari.

Laporan polis turut dibuat ahli keluarga di Balai Polis Chenor pada petang Isnin sebelum operasi mencari dan menyelamat secara menyeluruh dimulakan pada pagi Selasa.

Mohd Nor Azhar berkata, operasi SAR melibatkan kekuatan lebih 60 anggota dan pegawai terdiri dari polis, bomba, APM dan penduduk kampung.

Jelasnya, operasi pencarian itu ditutup sepenuhnya selepas penemuan mangsa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!