Nur Shazrin hadiahkan emas pertama buat Malaysia

Nur Shazrin. - Foto Agensi
Nur Shazrin. - Foto Agensi
A
A
A

ATLET pelayaran negara, Nur Shazrin Mohamad Latif sebentar tadi menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia selepas empat hari Sukan Asia Hangzhou 2022 dibuka secara rasmi pada Sabtu

Kejayaan atlet berusia 25 tahun itu sekali gus menyaksikan dia meraih tiket secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Shazrin dinobatkan sebagai pemenang selepas perlumbaan terakhir ILCA 6 terpaksa dibatalkan kerana ketiadaan angin.

Ia adalah emas pertama Shazrin, selepas meraih gangsa pada edisi Jakarta-Palembang 2018 lima tahu lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!