Politeknik Kota Bharu julang seni budaya negara

Politeknik Kota Bharu menjadikan Festival Kebudayaan dan Warisan
Ke-11 (11th FESKEW) Peringkat Kebangsaan sebagai platform menjulang seni budaya rakyat Malaysia dalam kalangan pelajar politeknik serta kolej komuniti seluruh negara.
Politeknik Kota Bharu menjadikan Festival Kebudayaan dan Warisan Ke-11 (11th FESKEW) Peringkat Kebangsaan sebagai platform menjulang seni budaya rakyat Malaysia dalam kalangan pelajar politeknik serta kolej komuniti seluruh negara.
A
A
A

KOTA BHARU - Politeknik Kota Bharu (PKB) menjadikan Festival Kebudayaan dan Warisan Ke-11 (11th FESKEW) Peringkat Kebangsaan sebagai platform menjulang seni budaya rakyat Malaysia dalam kalangan pelajar politeknik serta kolej komuniti seluruh negara.

Pengarahnya, Mohd Fikri Ismail berkata, festival tiga hari yang berakhir pada Selasa itu diisi dengan pelbagai aktiviti seni dan budaya turut menjadi serampang dua mata dalam menyuburkan lagi warisan bangsa itu dalam kalangan generasi muda.

"Kelestarian warisan seni budaya tempatan ini lebih mudah diperturunkan dari generasi ke generasi seterusnya, bahkan wajar untuk terus diendahkan.

"Hal ini kerana ia merupakan satu warisan yang perlu dikekalkan supaya ia terus malar segar dalam kalangan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, program ini turut membuka peluang kepada pelajar untuk membuat penyelidikan berkait kebudayaan dan warisan.

Ujarnya, festival tersebut turut menjadi medan dalam melahirkan pelajar politeknik dan kolej komuniti dalam mengembangkan lagi bakat mereka secara meluas.

Dalam perkembangan sama, Mohd Fikri memberitahu, seramai 230 pelajar dari 20 politeknik seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah menjayakan 11th FESKEW.

"Sebagai pengelola utama bagi tahun ini, ia diisi dengan pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian iaitu pertandingan tarian rampaian tradisional Melayu, pertandingan da’-ian, dan program jejak warisan.

Artikel Berkaitan:

"Dengan tema pada tahun ini, seni dan budaya menelusuri improvisasi gerak dan irama, festival ini diadakan dengan objektif untuk melahirkan pelajar yang berbakat dalam seni tari sekali gus kreatif serta mencintai budaya secara progresif," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!