'Tanggungjawab saya jaga rakyat, bukan tauke besar' - Akmal
SHAH ALAM - "Tanggungjawab saya menjaga kepentingan rakyat, bukan menjaga kepentingan tauke besar!"
Demikian tegas Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh berkaitan bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker, menyelar tindakannya kerana membuat ugutan membatalkan lesen pengilang sekiranya tidak mahu menjual beras tempatan dengan harga ditetapkan kerajaan.
Dr Muhammad Akmal berkata, adalah lebih baik jika Lian Ker mendiamkan diri sekiranya tidak mengetahui masalah yang dihadapi rakyat.
“Kalau tidak tahu apa isu sebenar dan keperitan rakyat di bawah, lebih baik diam daripada bercakap kerana nampak sangat kurang cerdiknya,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook pada Rabu.
Sebelum ini, tular video berdurasi tiga minit 24 saat yang menunjukkan Ketua Pemuda UMNO itu melakukan pemeriksaan secara mengejut di dua buah kilang beras di Melaka pada Isnin.
Menerusi video berkenaan, Muhammad Akmal turut memberi amaran kepada pihak pengilang untuk menjual beras dengan harga yang ditetapkan oleh kerajaan dan jika gagal, pihaknya tidak tidak teragak-agak untuk menarik lesen kilang terbabit.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!