Sultan Johor berkenan rasmi dan penamaan pangkalan TLDM JB

Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru pada Rabu. - Foto Facebook Sultan Ibrahim
Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru pada Rabu. - Foto Facebook Sultan Ibrahim
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Johor Bahru, di sini pada Rabu.

Baginda diiringi anakanda Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda, pangkalan seluas 19.02 hektar yang terletak di Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM, Bandar Baru Permas Jaya itu, menempatkan Pasukan Simpanan TLDM dan KD Sri Medini.

Pangkalan tersebut menyediakan pusat latihan yang menempatkan keperluan serta infrastruktur ketenteraan terkini, selain tempat tinggal pegawai dan anggota serta pelatih.

Sultan Johor turut berkenan menyaksikan gimik perasmian yang dilakukan oleh anggota Pasukan Khas Laut KD Panglima Hitam, sebelum menandatangani plak perasmian dan penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Panglima Angkatan Tentera Jeneral, Tan Sri Mohammad Ab Rahman; Panglima Tentera Laut Laksamana, Tan Sri Abdul Rahman Ayob dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!