Rombakan kabinet: Saya sedang berfikir - Anwar

Anwar bersama Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil (tiga dari kiri) dan Presiden Huawei Asia Pasifik, Simon Lee (tiga dari kanan) merasmikan majlis penutup Huawei Malaysia ICT Summit 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Rabu. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Anwar bersama Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil (tiga dari kiri) dan Presiden Huawei Asia Pasifik, Simon Lee (tiga dari kanan) merasmikan majlis penutup Huawei Malaysia ICT Summit 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Rabu. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berteka-teki mengenai rombakan kabinet dalam waktu terdekat.

Walau bagaimanapun, Anwar memberi bayangan akan mempertimbangkan perkara berkenaan.

"Saya sedang berfikir (rombakan kabinet)," katanya ringkas.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan majlis penutup Malaysia Sidang Kemuncak Teknologi Maklumat dan Komunikasi iCT) 2023 anjuran Huawei Technology Sdn Bhd di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini pada Rabu.

Spekulasi rombakan kabinet Kerajaan Perpaduan kini semakin bertiup kencang dengan Anwar dijangka melakukannya selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Pahang pada 7 Oktober depan.

Jika Anwar tidak berhasrat untuk merombak kabinet, beliau tidak perlu mengambil masa sehingga lebih dua bulan untuk melantik pengganti Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub kerana jawatan itu hanya perlu diisi oleh ahli Parlimen atau pemimpin dari parti Amanah.

Pada masa sama, Anwar turut dikatakan mungkin akan menggugurkan beberapa menteri atau timbalan menteri yang dianggap kurang cemerlang.

Pertukaran lima individu jawatan tertinggi dalam kerajaan secara serentak berkuat kuasa hari ini melibatkan tiga ketua setiausaha bertukar kementerian, seorang ketua setiausaha dilantik sebagai ketua pengarah jabatan, manakala seorang lagi dinaikkan pangkat, daripada timbalan kepada ketua setiausaha menguatkan lagi spekulasi itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!