Projek bina Hospital Pendang sudah bermula
Exco Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, pihaknya menggunakan kontraktor yang sama seperti diumumkan kerajaan lama sebelum ini.
“Kos pembinaan juga dikurangkan sebanyak 10 peratus daripada jumlah asal iaitu RM210,940,000. Namun, kos berkenaan tidak termasuk peruntukan untuk membina jalan dan ia memerlukan dana yang lain.
"Alhamdulillah projek yang penuh kontroversi ini akhirnya bermula juga pembinaannya dan diharap ia akan berjalan dengan lancar," katanya.
Menurutnya, hospital berkenaan dibina di atas tanah berkeluasan 17 hektar akan mula beroperasi dengan jumlah 126 katil.
Tapak hospital berkenaan yang terletak di Kampung Banggol Pauh dijangka siap sepenuhnya pada November 2021, namun berikutan perubahan kerajaan, pembinaan hospital berkenaan terpaksa ditangguhkan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!