Rangka dinosaur 'Barry' dipamer buat pertama kali untuk lelongan

Dinosaur Camptosaurus yang dinamakan sebagai 'Barry' bakal dilelong dalam acara yang berlangsung di Hotel Drouot pada 20 Oktober ini. - Foto Agensi
Dinosaur Camptosaurus yang dinamakan sebagai 'Barry' bakal dilelong dalam acara yang berlangsung di Hotel Drouot pada 20 Oktober ini. - Foto Agensi
A
A
A

PARIS - Rangka dinosaur yang hampir lengkap berusia 150 juta tahun dipamerkan buat pertama kali di Paris, Perancis.

Dinosaur Camptosaurus yang dinamakan sebagai 'Barry' itu bakal dilelong dalam acara yang berlangsung di Hotel Drouot pada 20 Oktober ini.

Ia ditemukan pada tahun 1990-an di Wyoming Amerika Syarikat (AS) dan dinamakan sebagai 'Barry' sempena Barry James iaitu ahli paleontologi yang menemukannya.

Ini merupakan penampilan awam pertama ‘Barry’ setelah berada dalam koleksi peribadi pengumpul di Colorado sejak ditemukan.

"Rangka 'Barry' masih terpelihara iaitu lebih 80 peratus lengkap dan tengkoraknya adalah tengkorak terbaik yang pernah ditemukan untuk spesimen Camptosaurus," kata Pakar Paleontologi, Iacopo Briano.

Nilai ‘Barry’ dijangka mencecah harga sekitar AS$800,000 (RM3.76 juta) hingga AS$1.2 juta (RM5.65 juta).

Bagaimanapun sesetengah penduduk cenderung mahu melihat rangka tersebut diletakkan di muzium atau tatapan umum, berbanding menjadi koleksi peribadi pengumpul individu.

"Tidak ramai yang membeli barangan seperti ini untuk disimpan, hanya untuk diri sendiri dan ia tidak sesuai untuk diletakkan di rumah ia lebih kepada sesuatu untuk dikongsi," kata peniaga barangan antik, Camille Burgi.

Artikel Berkaitan:

Pada tahun 2020, spesimen fosil T-Rex paling lengkap di dunia dijual dengan harga $31.8 juta (RM132 juta) di New York. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!