Senarai hitam pemimpin bersalah kes rasuah bertanding pilihan raya

Ahli Parlimen dan ADUN yang disabit bersalah kes mahkamah berkaitan rasuah perlu disenarai hitam daripada bertanding dalam mana-mana pilihan raya. - Gambar hiasan
Ahli Parlimen dan ADUN yang disabit bersalah kes mahkamah berkaitan rasuah perlu disenarai hitam daripada bertanding dalam mana-mana pilihan raya. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disabit bersalah kes mahkamah berkaitan rasuah perlu disenarai hitam daripada bertanding dalam mana-mana pilihan raya.

Pengerusi Rasuah Busters Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Profesor Dr Hamdan Daniel berkata, penguatkuasaan larangan itu bagi memastikan wakil rakyat yang dipilih nanti dapat melaksanakan tugas dengan jujur dan amanah.

“Pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengambil tindakan sewajarnya dengan tidak membenarkan pesalah rasuah ini menjadi calon di mana-mana kawasan buat selama-selamanya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Hamdan Daniel, ahli Parlimen berkenaan telah menyalurkan dana diperuntukkan kerajaan negeri pada waktu yang tidak sesuai iaitu ketika berkempen.

“Sebelum menyalurkan apa-apa sumbangan, ahli politik dinasihatkan untuk membuat ulang kaji terlebih dahulu agar tidak timbul sebarang spekulasi penyalahgunaan dana.

“Bakal Yang Berhormat perlu lebih cakna dalam menyampaikan sumbangan. Jika tersalah langkah, ia bakal mengundang natijah yang lebih besar,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!