'Agong dah balik, jalan di Sabah kembali rosak'

Keadaan jalan raya yang dilalui pengguna didakwa kembali rosak
Keadaan jalan raya yang dilalui pengguna didakwa kembali rosak
A
A
A

KOTA KINABALU - Selepas kira-kira tiga minggu Kembara Kenali Borneo oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah menelusuri jalan di negeri ini berakhir, tular semula jalan raya di sebahagian tempat kini kembali seperti 'jalan ke bulan'.

Ia susulan dakwaan pengguna jalan raya bahawa sebahagian laluan kembali rosak disebabkan penyelenggaran dilakukan tidak menggunakan bahan yang berkualiti.

Keadaan itu turut dikongsikan pengguna akaun di TikTok yang memaparkan keadaan sebahagian jalan di sekitar negeri yang didakwa pernah dilalui Yang di-Pertuan Agong kembali rosak.

Gambar yang dikongsikan sejak tiga hari lalu itu turut disertakan dengan keterangan 'Agong dah balik. Jalan Sabah roboh balik' dengan memetik sumber daripada sebuah portal.

Sementara itu, memetik sumber daripada Facebook menerusi akaun Calvin CK terdapat satu hantaran yang turut disertakan dengan beberapa gambar menunjukkan bahan digunakan untuk menyelenggara jalan kurang berkualiti.

Pemilik akaun tersebut mempersoalkan tindakan kontraktor yang menyelenggara Jalan Gum-Gum Batu 16 yang menggunakan batu halus dan diletakkan di atas permukaan jalan raya.

Pengguna jalan raya mendakwa kontraktor yang menyelenggara jalan berkenaan menggunakan bahan kurang berkualiti menyebabkan jalan raya kembali rosak
Pengguna jalan raya mendakwa kontraktor yang menyelenggara jalan berkenaan menggunakan bahan kurang berkualiti menyebabkan jalan raya kembali rosak

Gambar yang dipaparkan juga menunjukkan keadaan jalan berturap mulai pecah dan menyukarkan pengguna jalan raya yang melalui laluan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir dipetik sebagai berkata, meminta jalan raya di kawasan beliau perlu dibaiki dan diselanggara dengan baik kerana ia merupakan laluan utama ke Sandakan.

Keadaan jalan raya tidak rata dan sebahagian jalan yang diturap pecah.
Keadaan jalan raya tidak rata dan sebahagian jalan yang diturap pecah.

a

Suhaimi sebelum ini sudah mengutarakan isu kerosakan jalan raya itu dan pernah membawa pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) melihat sendiri keadaan raya tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!