Pacu inovasi keselamatan siber antara objektif ACFC

(Dari kiri) Andy Chong, Shahril Ridza Ridzuan, Vivek Sood, Fahmi Fadzil, Ma Sivanesan, Amirudin Abdul Wahab sedang mendengar Abid Adam memperincikan keupayaan keselamatan siber ACFC.
(Dari kiri) Andy Chong, Shahril Ridza Ridzuan, Vivek Sood, Fahmi Fadzil, Ma Sivanesan, Amirudin Abdul Wahab sedang mendengar Abid Adam memperincikan keupayaan keselamatan siber ACFC.
A
A
A

SHAH ALAM - Pusat Siber Bersatu Axiata (ACFC) mempunyai tiga objektif utama dalam pertahanan siber tempatan dan keupayaan mengesan ancaman risikan iaitu memacu inovasi, keupayaan serta memajukan ekosistem yang berkembang maju.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Vivek Sood berkata, keupayaan keselamatan siber ACFC yang ditanda aras antarabangsa dibangunkan secara dalaman dan boleh disesuaikan untuk menyokong keperluan khususnya pelanggan.

Menurutnya, ia dibina bertaraf dunia bertujuan untuk memenuhi keperluan perusahaan dan sektor awam bagi daya tahan siber yang membolehkan perkhidmatan diberikan kepada pelanggan sambil memastikan keselamatan maklumat serta privasi data.

“ACFC menyasarkan untuk mempercepatkan pertumbuhan bakat digital selain memajukan kemahiran keselamatan siber yang sesuai pada masa hadapan melalui bengkel, latihan serta pertukaran pengetahuan.

“Ia dilengkapi dengan kedua-dua keupayaan pertahanan dan serangan aktif, memastikan langkah keselamatan siber yang teguh, proaktif, pencegahan untuk organisasi serta menjamin pemantauan berjaga-jaga sepanjang masa.

“Selain itu, Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil membuat lawatan kerja pertamanya ke ACFC pada Selasa termasuk meninjau kemudahan dan simulasi serangan siber untuk mempamerkan keupayaannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

(Dari kiri) Solahuddin Shamsuddin, Abid Adam, Andy Chong, Vivek Sood, Shahril Ridza Ridzuan, Fahmi Fadzil, Ma Sivanesan, Amirudin Abdul Wahab, Nik Naharudin Mohd Nasir, Harme Mohamed dan Albern Murty.
(Dari kiri) Solahuddin Shamsuddin, Abid Adam, Andy Chong, Vivek Sood, Shahril Ridza Ridzuan, Fahmi Fadzil, Ma Sivanesan, Amirudin Abdul Wahab, Nik Naharudin Mohd Nasir, Harme Mohamed dan Albern Murty.

ACFC dilancarkan pada Ogos 2022 sebagai pelopor landskap keselamatan siber dengan tumpuan terhadap ancaman masa nyata, pemburuan proaktif dan perlindungan aset digital teguh selain diberi penghormatan sebagai Projek CyberSecurity 2023 oleh CyberSecurity Malaysia (CSM).

Artikel Berkaitan:

Turut hadir dalam lawatan kerja itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif CSM, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab, Pengerusi Axiata, Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan dan wakil Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Tambah Vivek, ketika perniagaan Malaysia berkembang ke arah pendigitalan, ancaman siber yang berkembang semakin canggih menyebabkan organisasi berada pada tahap risiko tinggi.

“Meningkatkan kesedaran dan penggunaan amalan keselamatan siber yang kukuh adalah kunci untuk menambah daya tahan perniagaan syarikat, menjamin ekosistem digital Malaysia dan memacu pertumbuhan inklusif,” ujarnya.

Sementara itu, Fahmi meluahkan rasa gembira kerana CSM dan MDEC meneroka kerjasama dengan ACFC dalam beberapa inisiatif utama bagi memastikan rakyat, sektor awam, swasta, organisasi dan infrastruktur negara terus terjamin di alam siber.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!