Contohi kesabaran Nabi Ayub dalam surah Anbiya

Safri ketika berucap di Seminar Soul Fitness and Wellness Breakaway bertajuk 'Reset Your Soul' di Cherengin Hills Convention and Spa Resort, Janda Baik pada Khamis.
Safri ketika berucap di Seminar Soul Fitness and Wellness Breakaway bertajuk 'Reset Your Soul' di Cherengin Hills Convention and Spa Resort, Janda Baik pada Khamis.
A
A
A

BENTONG - Surah Anbiya mengajar seseorang hamba untuk reda dan sabar dengan setiap ujian dihadapi di dunia bagi mendapat ganjaran pahala di akhirat kelak.

Ketua Pegawai Penyelidik dan Pembangunan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Safri Muhammad Zein berkata, tujuan ALLAH SWT memberikan ujian kepada umatnya adalah untuk meningkatkan darjat dan keimanan mereka.

"Kisah dugaan Nabi Ayub AS dalam surah ini dijadikan contoh buat kita supaya tidak mudah berputus asa.

"Meskipun, baginda diuji pelbagai masalah iaitu jatuh miskin, kehilangan ahli keluarga dan fizikal menderita penyakit dalam tempoh yang lama, tetapi tetap terus berdoa memohon bantuan daripada ALLAH," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Seminar Soul Fitness and Wellness Breakaway bertajuk 'Reset Your Soul' di Cherengin Hills Convention and Spa Resort, Janda Baik di sini pada Khamis.

Tambah Safri, biarpun Nabi Ayub digoda syaitan untuk berpaling, namun baginda percaya bahawa kesembuhan dan kebahagiaan hanya datang daripada ALLAH.

"Dengan kesabaran tinggi yang ditunjukkan baginda akhirnya menerima ganjaran daripada-Nya berbentuk mukjizat sekali gus menyembuhkan penyakit kulit dihadapinya.

"Justeru, kita perlu mengambil pengajaran dengan kisah para Nabi dan sentiasa merujuk kepada al-Quran kerana ia panduan mendapatkan keredaan ALLAH," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!