PRK Pelangai: Pengundi Cina, India beri sokongan terhadap calon BN

Amizar (Kiri) ketika menyantuni masyarakat Cina di Sungai Gapoi.
Amizar (Kiri) ketika menyantuni masyarakat Cina di Sungai Gapoi.
A
A
A

BENTONG - Pengundi Cina dan India di Sungai Gapoi memberikan respons positif terhadap calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Ketika ditemui, mereka rata-ratanya memilih BN kerana yakin dengan kemampuan calon dan parti itu berbanding lawan.

Bagi seorang warga emas, Wong Ah Moi, 68, hanya BN menjadi pilihannya untuk PRK tersebut.

Wong Ah Moi
Wong Ah Moi

"Hanya tunggu masa sahaja untuk pangkah, BN sudah banyak membantu rakyat seperti saya selama ini.

"Jadi inilah masanya saya balas balik budi yang ditaburkan selama ini," kata warga emas tersebut.

Seorang lagi pengundi, Mah Tai Thye, 65, turut secara lantang memberikan sokongan padu terhadap BN pada PRK tersebut.

Artikel Berkaitan:

Mah Tai Thye
Mah Tai Thye

Bagi S Sreetharan, 36, dia memilih BN kerana lebih yakin dengan kemampuan parti dan calon yang ditampilkan pada PRK tersebut.

S Sreetharan
S Sreetharan

"Cuma sebagai pengundi seperti saya berharap isu perumahan diberikan perhatian kerana penduduk seperti saya memerlukan rumah kerana buat masa ini hanya mampu menyewa," tambah Sreetharan lagi.

Mereka ditemui ketika program ramah mesra bersama kaum Cina dan India di Sungai Gapoi di sini pada Khamis.

Sementara itu, Amizar bersyukur dengan penerimaan positif dalam kalangan pengundi Cina dan India yang menyatakan sokongan 100 peratus terhadap BN.

"Ini perkara baik dan seperti biasa, kita memang ada menerima beberapa permintaan dan kita akan melihat keperluan-keperluan yang mendesak untuk kita bawa ke kerajaan negeri," ujar beliau.

Ketika diminta mengulas gerak kerja kempen beliau setakat ini, Amizar memberitahu sehingga kini mencapai sudah tahap 50 peratus.

"Kita ada beberapa segmen, sentuhan masih banyak di luaran, belum secara mendalam. Kita menuju satu persatu.. dalam sehari dua ini boleh mencapai hingga 60 peratus," jelas Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bentong itu.

Dalam pada itu, beliau juga memberitahu, manifesto parti itu akan dikeluarkan dan dilancarkan dalam tempoh terdekat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!