MPPK cadang elaun latihan mengajar dimasukkan dalam Belanjawan 2024

MPPK mencadangkan kepada kerajaan untuk memasukkan Elaun Latihan Mengajar dalam Belanjawan 2024, bagi mengatasi isu berkaitan kebajikan mahasiswa bakal guru yang telah berlanjutan terlalu lama. - Gambar hiasan
MPPK mencadangkan kepada kerajaan untuk memasukkan Elaun Latihan Mengajar dalam Belanjawan 2024, bagi mengatasi isu berkaitan kebajikan mahasiswa bakal guru yang telah berlanjutan terlalu lama. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) mencadangkan kepada kerajaan untuk memasukkan Elaun Latihan Mengajar dalam Belanjawan 2024, bagi mengatasi isu berkaitan kebajikan mahasiswa bakal guru yang telah berlanjutan terlalu lama.

Setiausaha Kerja MPPK, Nik Ahmad Nuri Nik Ismail dalam kenyataan pada Khamis turut mencadangkan, elaun tersebut diselaraskan dengan jumlah minimum sebanyak RM800 sebulan, selain peruntukan bayaran elaun dilakukan secara tetap setiap tahun.

Cadangan berkenaan berikutan elaun sedia ada yang diberikan tidak menyeluruh kepada seluruh negeri dan jumlah terlalu rendah, berbanding mahasiswa yang menjalani latihan industri di institusi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Segelintir guru pelatih yang menjalani latihan mengajar juga merupakan mahasiswa, yang terdiri dalam kalangan B40, miskin tegar dan asnaf yang sangat memerlukan, lebih-lebih lagi kos sara hidup yang semakin melonjak tinggi dan membebankan mahasiswa.

"MPPK berharap agar kebajikan mahasiswa bakal guru turut terjaga dan tidak diabaikan menerusi cadangan yang diberikan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!