Spurs mahu tamatkan rentak cemerlang Liverpool

Son Heung-Min (kanan) mula kembali mendapat sentuhan dan bakal menjadi pemusnah kepada Liverpool. - Foto: AFP
Son Heung-Min (kanan) mula kembali mendapat sentuhan dan bakal menjadi pemusnah kepada Liverpool. - Foto: AFP
A
A
A

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou bertekad menamatkan rekod permulaan cemerlang Liverpool apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham pada Ahad.

Gaya Postecoglou memacu pasukan sejak mengambil alih Spurs pada Julai telah telah memenangi hati ramai peminat dan pertembungan antara dua daripada empat pasukan liga yang tidak tewas itu boleh menjadi sesuatu yang meriah.

Tottenham di tangga keempat menikmati permulaan terbaik mereka saingan liga dalam tempoh 57 tahun manakala Liverpool di tangga kedua memburu kemenangan liga keenam berturut-turut dan kelapan dalam semua pertandingan.

Postecoglou juga mengakui meminati Liverpool sejak zaman kanak-kanaknya dan perlawanan itu akan menjadi lebih bermakna apabila mampu menundukkan The Reds.

"Saya adalah peminat utama Liverpool. Saya suka Bill Shankly, saya suka 'boot room' dan keseluruhan cerita pasukan itu.

"Tetapi, saya telah menurunkan poster (Liverpool) itu minggu lalu," katanya berseloroh apabila ditanya sama ada dia masih peminat Liverpool menjelang perlawanan tersebut.

Tottenham, yang hanya menang sekali menentang Liverpool dalam 20 pertemuan liga terakhir mereka, berharap perancang utama mereka, James Maddison akan cergas untuk perlawanan tersebut selepas mengalami kecederaan ketika seri 2-2 di Arsenal hujung minggu lalu.

Liverpool telah menjaringkan tiga gol dalam setiap lima perlawanan terakhir mereka dan merehatkan pemain utama dalam kemenangan pusingan ketiga Piala Liga 3-1 menentang pasukan divisyen dua Leicester City di Anfield pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!