Pelajar universiti tembak mati tiga individu
ROTTERDAM - Seorang lelaki bersenjata membunuh tiga individu di bandar Rotterdam di Belanda, pada Khamis.
Suspek berusia 32 tahun, yang juga seorang pelajar universiti menembak seorang wanita tempatan dan anak perempuannya di rumah.
Mangsa wanita dan anak perempuannya masing-masing berusia 39 tahun dan 14 tahun.
Selepas membakar rumah wanita itu, suspek ke Universiti Rotterdam sebelum masuk ke kelas dan menembak seorang pensyarah berusia 43 tahun.
Suspek telah ditangkap berhampiran hospital di lokasi kejadian pertama.
Polis berkata, motif lelaki berkenaan melakukan serangan masih dalam siasatan.
Ketua Pendakwa Raya Rotterdam, Hugo Hillenaar berkata, suspek dikenali oleh penguatkuasa undang-undang dan pada 2021 dia telah didakwa dan disabitkan kesalahan atas penderaan haiwan. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!